Sunday, July 6, 2014

Kursus Latihan Terus Bekerja (part 1)

Alhamdulillah.. Aku dan encik batman dapat melangkah ke fasa baru kehidupan kami.. Oh no! No! No! Bukan kawin ok.. Silap la.. Korang ni suke2 je kan. Kalau kawin, aku bagi kad la kat korang..

Kami mencuba pengalaman baru dalam bidang penerbangan pula. 5 julai kami mendaftar masuk ke Transair Academy di kuala langat. Berdekatan je dengan KLIA.


Hari pertama memang excited la pagi tu. Sebab pengajar bagitau next week kami akan belajar apa dan kami diberikan tshirt academy beserta nota.


Tempat tinggal sangat dekat dengan kelas. Xpayah risau nak naik kenderaan ape. Jalan kaki je. Ofkos lah jalan kaki kalau dah kelas pon bawah rumah je.. Hihi.. Lelaki 7 org dan perempuan 4 org. X ramai. Ok la tu. Kalau ramai2 nanti xdapat fokus plak kan..

Lelaki di tempatkan di tingkat 4 dan perempuan di tingkat 2. Xde la tinggi sangat pon. Aim aku nak kurus pon x menjadi bile tengok rumah tingkat 2, kelas bawah umah je. Memang gomuk r aku cam ni.. Hahaha..

Hari pendaftaran, pengajar bagi briefing. Die bagitau isnin belajar grooming (kot...) dan kelas hari selase hanya untuk perempuan sahaja sebab kelas mekap. OMG! OMG! Kelas mekap?? Barang mekap kena lengkap ok.. Aku ni ade celak, gincu je.. Dan yang paling pelik, setiap student kena bawa masker muka. Termasuk lelaki. Wah.. Encik batman lagi terkejut.. Apekah ini kan?

So, dengan ketidaklengkapan barang2 tu, esok nye aku dan encik batman ke giant dan tesco. Menjajo cari giant and tesco tadi. Pergh! Bapak jauh giler.. Kat nilai kau tau x? Mujur encik batman bawak moto merah die. Merempit la kami berdua tadi. Shopping x hengat dunia. Sampai encik batman penat nak duduk. Haha.. Minta ampun encik batman.. Kesian dia..


Keluar pukul 10.30, balik pukul 3. Pergh! Sakan mencari barang. Balik je, bahagi2 barang dengan encik batman. Encik batman tengah pening.. Macam mana dia nak cari duit lebih untuk bayar baki yuran kursus ni..

Jadi, pada sapa2 yang ada keja part time area pangsapuri taman sri langat ni, mohon roger2 la ambe ye.. Ambe ni kesian kat encik batman. Family ade. Tapi macam xboleh tolong je sedangkan selama ni encik batman banyak tolong family die.

Sekian, ini sahaja untuk cerita hari pertama dan kedua kami di Transair Academy.

Sunday, March 23, 2014

MaSa YaNg LaLu

Andai kita bertemu, dapatkah kita rapat dan mesra seperti dahulu?

ku rindu saat bersamamu. kau bernyanyi di bawah pohon sambil aku mendengarnya. kita berehat di tepi padang setelah kepenatan menjalani latihan sambil menonton latihan bola di padang.

kau bercerita tentang kau dan dia sambil aku menahan sakitnya hati dihimpit rasa yang tak mampu ku ungkapkan.

aku biarkan. biarkan kau bahagia. kerna aku sedar aku tidak layak untuk dirimu. biarkan saja ia terpendam. biar kau rasa kebahagiaan bilamana aku merasai perit derita dek kerana tidak mahu kemesraan yang kita tercipta musnah hanya kerana satu perasaan yang bernama CINTA.

namun apa yang cuba aku pertahankan itu musnah. segalanya terbongkar. kemesraan kita kian luntur. akhirnya kita terpisah. tidak berhubung. kau hilang.. aku hilang.. tapi kau masih memori ku.

kini aku dapat bertemu mu walau hanya dalam alam maya. kau sudah bahagia. sudah melangkah ke alam baru. meniti hari bersama yang sah di sisi mu. moga kau jaga dia seeloknya. aku bahagia di sini. aku boleh bahagia. 

mungkin ini bukan CINTA pertamaku (kerana kau CINTA pertama ku). tapi dia CINTA terakhirku insyaAllah. benar kata orang, cinta pertama sukar untuk kita lupakan.

untukmu kembar namaku.

Monday, January 20, 2014

HaDiAh aTaU KeGuNaAn SeNdiRi

alamak.. birthday mak nak dekat dah ni.. nak bagi hadiah apa ek??
alaaa.. minggu depan majlis kahwin aisyah.. nak bagi apa ek??
eee... bosan la tengok pisau ni.. dah la tak cantik.. tak semangat lah nak masak..
errmmm.. this month my wife punye birthday.. apa nak bagi ek?? dia ni suka masak pulak tu..

anda mengalami masalah ini?? jom! saya ada sesuatu untuk dikongsikan dengan anda semua..

set pisau stainless steel bercorak roses, made in switzerland dan sangat berkualiti. ia di coating dengan antibacterial protection dan sesuai untuk digunakan di dapur anda.. sangat tajan, cantik, dan tahan lasak.. sesuai juga untuk dijadikan sebagai hadiah perkahwinan, hadiah harijadi para ibu dan isteri.

SET A = RM55 + postage RM7
SET B = RM70 + postage RM9
SET C = RM105 + postage RM15

untuk keterangan yang lebih lanjut, boleh pm di facebook (link di sebelah kanan page ini), wechat SolehaSamat atau wassap di nombor 0129673277.


ukirkan senyuman untuk insan yang anda sayang di harijadi mereka..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...