Thursday, October 13, 2016

Kursus Latihan Terus Bekerja (part 2)

Hi Readerssss...

Aku nak sambung story entry 2 tahun lepas ni.. yang aku masuk Transair Academy tu..yup.. part 1 tu.. yang ni part 2 plak..

tempoh aku kursus kat sana dekat 2 bulan jugak lah.. dari 5 Julai sampai pertengahan Ogos (nak dekat hujung jugak la..

kat Transair ni sifu aku Miss Saida & Mr. Edd.. They all yang ajar we all pasal airlines.. aku dapat kawan baru.. Sha, Yan, Atie, Acap, Paan, Pais, Icam, Mirul, & Ijoy. Mostly dorang dari Johor jugak. Atie & Acap je dari luar Johor. Masing-masing dari Kelantan & Perak.

Kami belajar mengira harga tiket pernerbangan, kod penerbangan, 3 letter code untuk airport. ade banyak. dulu siap menghafal lagi. sekarang dah lupe. aku ingat Malaysia punya je la.. half dari kami amik kursus tambahan. nama kursus tu Amadeus. yang tu kami belajar macam mane nak book ticket. Encik Batman tak amik la course ni sebab kena tambah duit.

Kami yang amik kursus tambahan ni dilanjutkan kelas sampai tengah bulan 8 tu.. yang tak amik pulak tenaga pengajar carikan kerja berkaitan airlines. contoh nye seperti En. Batman la. hujung bulan 7 die dah dapat kerja kat Kuala Lumpur Airport Service (KLAS) sebagai document clerk. kerja die handle cargo bagi airline Air Asia.

Sepanjang aku kat sane, bulan puase. ape yang aku dapat banggakan sepanjang keberadaan aku kat sana adelah, aku dapat turun kan 4kg berat badan aku dalam sebulan. buka puase makan roti canai sekeping cicah gula/susu, kuih karipap sebiji, air sunquick suam tanpa gula. kadang2 je kami akan kongsi ramai2, masak lauk utk makan bersama2.

awal bln 8 raya. seminggu je, dah naik 4kg balik. hahahaha.. aku pon tak tau la nak cakap ape. nak turun bukan main payah, nak naik bukan main senang. lepas raye, hanya yang tinggal yang amik kursus Amadeus sahaja. kelas ni Datin yang ajar. aku dah lupe nama die. tapi kiteorang panggil die Datin. dah die memang Datin pon. tapi sporting habis..

untuk kursus ni, kami ade perperiksaan. peperiksaan kami diadakan di bangunan Amadeus area Bukit Bintang. tengah-tengah KL nun.. dekat dengan wisma KFC kalau tak silap.

tengah bulan 8 tenaga pengajar dah start riki kerja untuk kami. mula2 Sha di suruh pergi interview kat Malindo Airways Subang Aiport. die berjaya lepas interview tu. tapi die pandai. die tanyakan kalau2 aku boleh join. nasib baik station manager die suruh je aku datang interview. esk nye aku pergi interview sekali dengan Acap a.k.a pakwe Sha. dan Alhamdulillah kami pass. kami bertiga sah menjadi staff Malindo Air pada 27 Ogos 2014.

aku ade nasihat untuk adik-adik yang nak kerja airline.

1) xpayah la pegi academy2 bagai. membazir sebenarnye. kat airport, dorang nak pakai ramai pekerja sebenarnye. korang datang, bawak resume je. kalau Manager dorang xde nak interview, drop la resume, kalau nasib korang baik, korang terus di interview dan kemungkinan besar korang terus dapat kerja. tapi untuk jawatan biasa-biasa la. contohnye customer service officer/ticketing officer/ramp agent.

2) nak jadi stewardess???? tunggu je open interview. xpayah la susah-susah membazir duit pegi academy ape-ape entah tu.. nanti dah lulus interview, korang akan ade kelas jugak.

3) ape yang korang belajar kat academy, korang boleh belajar sendiri masa korang dah dapat kerja airline nanti. jangan risau. academy tu x tipu tapi korang sendiri akan rase tertipu.

bijak-bijaklah membuat pilihan..

untukmu abe Na

syok2 aku scroll FB, aku ade terbace 1 post ni. adakah ini melambangkan tahap pemikiran para menteri kita? adakah kite berada ni negeri menteri fasola???

mari kite renungkan dan fikir-fikirkan sejenak..

"aku duduk dlm rumah bosan,okay bukalah Tv,
TV biasa je tiada Astro,Buka TV1 kutuk PR,buka
TV2 kutuk PR,Buka TV3 perghhh lagi hebat
kutuk PR...
hurmmm nak masuk Astro lah,masuk 27hb
(masuk Free)
dah masuk Astro satu cerita,188X ulang
tayang... Sampai 28hb TV jadi gelap,(ni mesti
kena potong ni),
angkat Fone call astro, encik, kenapa tv saya
jadi gelap?
astro jwb Encik kena byr bil dulu baru boleh
cerah,
Aku ckp xboleh tunggu cukup bulan ke baru
potong.. 27hb belum dpt gaji... Astro ckp encik
masuk 27hb, mesti 27hb bayar, (kejamnye)
okay takpelah,TV gelap smpai 30hb gaji aku
byr... tiba2 time nak byr kena denda Rm20
(penyambungan) n cukai 6%,
perghhh kalau tiap2 bulan mcm ni masyakkk!
Tiba2 teringat kata menteri,
"kalau taksuka Astro,Tgok tv biasa",
Okay aku STOP Astro, tgoklah TV biasa yg hari2
kutuk PR tu...
tiba2 teringat eletrik pula naik,
ok aku tutup terus TV..
Sembang2 dahaga pula.. jalan kaki pergi Market
nk beli gula dgn kopi,
tgok Harga gula mahal,
tiba2 teringat kata2 menteri,
"Gula mahal sbb nak elakkan Diabetis",
ok tak jadi beli gula,
balik minum kopi kosong je..
dah minum air dpt call member ajak pergi
rumah dia ada kenduri sikit,
ok start kereta, tiba2 teringat kata2 menteri,
"jgn guna Tol kalau mahal,guna jln lama"
tapi kalau aku guna jln lama jauh, minyak pulak
mahal(kataku dlm hati),,,
okay takjadi naik kereta,naik.basikal je... dlm
1jam 45min smpai rumah kwn,
Sampai rumah kwn, kwn hidang air kosong+nasi
dgn sayur..
aku tanya kwn, mkn sayur je ke?
kwn jwb "yerla kan menteri ckp kalau ayam
mahal mkn daging, kalau daging mahal mkn
ikan,Skrg ni semua mahal,mkn sayur jela
murah"
ok lepas mkn nk blk lah.. kayuh basikal smbil
terfikir apa la nak jadi dgn malaysia ni,
tiba2 teringat kata menteri "kalau taksuka dgn
malaysia,Sila keluar dari Malaysia"
ok sampai je rumah aku kemas barang2 dan aku
berpindah ke planet PLUTO.
Sekian.."

Pembukaan Lembaran Baru

Assalamualaikum readerssss (macam la ade readers sgt *flip hair)

berapa tahun malas nak update blog kan? dah banyak bende jadi dalam hidup aku sekarang. dari satu fasa, ke satu fasa kehidupan aku lalui.. alhamdulillah sudah bahagia bersama Encik Batman tercinta sekarang.. alhamdulillah kuat jodoh aku dengan dia..

ni entry pembukaan bagi kehidupan baru.. so, pendek je la., tak dan nak membebel sangat sebab nak simpan untuk entry2 lain.. aku akan cerita ape yang terjadi pada aku since Kursus Latihan Terus Bekerja (part 1) sampai sekarang.

banyak sangat perubahan yang berlaku.. banyak jugak pengalaman yang terkumpul. banyak pengajaran yang dapat diambil sepanjang itu.. banyak.. banyak.. banyak.. banyak... (deyyy.. bpe banyak banyak la deyyy..)

so, kite sambung next entry untuk cerita-cerita yang mungkin boleh memberi idea, tauladan mahupon teladan kepada readersss semua..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...