Tuesday, November 12, 2013

CiTa-CiTa atau ImPiAn??

assalamualaikum readers..

      lama tak menjenguk blog ni kan? mesti bosankan? sebab tak ada cerita baru.. oh my god! kenapa aku formal sangat ni?? halloo halloo halloo.. ok.. tak mengapa.. mood dia belum datang lagi ni.. haha..

      entry yang terbaru dan fresh dari ladang hari ni berkenaan cita-cita dan impian aku. ermmm.. apa definisi cita-cita? apa definisi impian?

      cita-cita dari fahaman aku, sesuatu yang logik atau realiti. impian pula sesuatu yang mungkin di luar jangkauan akal. maybe.. huhu.. ok la.. nak dijadikan cerita, cita-cita aku ni nak kerja duduk kat office, menghadap komputer, buat web, design web, dan apa-apa yang berkaitan dengan jurusan yang aku ambil sekarang ni lah kan..

      impian aku pulak, aku nak buka satu butik pakaian pengantin rekaan baju dari aku sendiri. tapi rasa macam agak mustahil perkara itu akan berlaku sebab aku ni bukan asal dari jurusan fesyen designer.. aku ni blh jd web designer jerrrr..

      nak bukak butik pon satu hal pulak kan? modal lagi.. kalau teruskan dengan cita-cita aku, aku makan gaji je. tak payah nak fikir rumit-rumit. cukup bulan makan gaji. hohoho..

      kalau teruskan dengan impian aku, untuk permulaan mungkin akan sakit sikit la.. tapi ending nya.. fuuuhhh... boleh design baju untuk dato' siti nurhaliza gamaknya... haha.. verangang lah kau jah!!

      tak apa lah.. kita tengok je lah mana hala tuju aku nanti. abis-abis, design baju pengantin sendiri la kot. hahaha.. aku rasa bakat aku dah ada.. tinggal nak usulkan je. tapi kena tunggu abis belajar la kot kan? apa la.. belajar jurusan kejuruteraan sistem maklumat. tapi bakat terpendam design fesyen.

      actually mak aku nak anta aku ke sekolah vokasional mase form 4 dulu. jurusan rekaan fesyen. tapi setelah dia tengok result anak die yang tak berapa nak gempak ni, dia membatalkan hasratnya lalu menghantar aku ke sekolah teknik kuantan jurusan kejuruteraan elektrik & elektronik. (nak sangat anaknya jadi jurutera kot)

      malangnya anaknya tak minat sangat apa yang di ambil tu. sekadar menggembirakan hati orang tua. (sebab tu dok sangkut lagi kat uitm ni)

      haaaaiiiihhhh... tak tau nak buat penutup cerita macam mana.. yang penting kawan-kawan aku tengah konvo ni. aku je x konvo lagi. sem ni buat final year project, sem depan praktikal. lepas tu MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

      sedihnya sangku lama-lama macam ni.. tahniah kawan-kawanku semua.. terutama kepada bestfriend foreva aku NUR NAZURAH BINTI AZMI yang baru konvo tadi.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...