Saturday, September 22, 2012

HaPpY BiRtHdAy to YoU!! (hadiah)

^_^
assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua rakan-rakan yang memang follow my blog, yang suka-suka blogwalking dan semua yang ada di dunia ini.. hahahahaha <-----gelak kejam bajet blog ni fames emes sangat..

walaupun dah lama aku tak menjejakkan kaki (amboih! kaki kaw!) ops!! jari la... dah lama tak menari-narikan jari jemari aku kat atas keyboard macam yang sedang berlaku sekarang ni, tapi kelajuannya tetap sama (ape kaitan noks???)

saja aku nak cerita sesuatu yang aku dah lakukan pada cik batman aku sampai dia rasa sangat terharu dan hampi.. hampir....hampir...... erm... biarlah rahsia... kalau nak tau, anda-anda semua mungkin boleh tau after baca entry ni sampai habis..

minggu lepas is my batman's birthday.. 12 september iaitu jatuh pada hari rabu. 10hb adalah hari pertama untuk sem baru aku.. means, aku tak dapat nak celebrate untuk dia la kan? so, aku decide untuk bagi hadiah awal.

tanggal..(hoi!! bukan tanggal baju!! choiy!) tanggal 8 september yakni pada hari sabtu, aku berkejar ke bandar muar pada petang itu untuk mencari hadiah buat beliau.. aku menuju ke tingkat 3 shopping complex WETEX.. aku mencari kedai NOKIA..

setelah aku puas memilih, aku decide nak bagi dia ni

 Nokia Asha 202

ok guys.. ni je yang aku mampu ok.. memang murah, tapi aku rasa ini yang memberi kesenangan pada dia.. WHY???
dia tak payah bawa 2 henset kemana-mana
dia dah boleh dengar lagu guna handphone je
dia da boleh simpan gambar-gambar aku
dia dah boleh tangkap gambar aku banyak-banyak
dia da boleh online guna handphone je

sebelum ni dia tak boleh buat semua tu pakai phone dia ke?? weyh!!ofkos la x boleh der... sebab dia pakai tepon ni

petang tu jugak aku gi kedai jual barang-barang hadiah then suruh akak kedai tu balutkan hadiah.. memang tak ada masa dah.. malam tu jugak aku nak serahkan hadiah tu.

pelbagai rintangan aku lalui masa tu.. rasa macam Amazing Race pun ada jugak.. haha.. rushing giler dowh.. mana tak nya, ayah aku balik dari kuantan petang tu.. aku tak boleh balik lewat, nanti malam tak boleh keluar plak..

dengan laju nya aku pecut dari bandar muar ke rumah aku.. boleh plak hujan di tengah jalan.. nasib baik hadiah tu aku dah simpan bawah seat motor.. so, aku je lah yang basah kuyup.. peh!! aku cerita kat kau, lecun aku balik rumah.. hahaha.. tak pe.. semua untuk cik batman..

sampai je kat rumah, aku dah nampak ayah aku.. dari sejuk sebab hujan, jadi seram sejuk sebab tengok misai dia dah naik ke atas.. wohooo.. cepat-cepat aku masuk rumah untuk mandi sebab dah maghrib.. pantang ayah aku kalau anak-anak die tak bersihkan diri waktu maghrib tu..

aku bersiap dan janji dengan cik batman nak kuar.. after isyak, beliau sampai.. bagi dia sembang kejap ngn ayah aku yang dah sedia ada duduk di anjung rumah.. terus kami gerak ke bukit gambir.. tujuan utama untuk renew simkad CELCOM dia yang dah hilang.. (sebab nak free call 7 hari sempena befday tu la.. hihihi..)

malangnya, kedai tu dah tutup sebab dah pukul 9.. huuuaaaaaa..!!!! xpelah.. aku suruh cik batman buat hari isnin.. so, kami terus ke kedai nasi ayam yang sangat sedap (bagi aku lah) kat situ.. aku memang dah lama nak makan nasi ayam berlada dia. sangat sedap.. 

settle makan, kami ke dataran tangkak (moment ni yang aku tunggu-tunggu sebab nak bagi hadiah).. terletak je punggung kami di situ, aku terus hulurkan hadiah tanpa banyak cerita.. dengan excitednya dia bukak hadiah tu..






tapi aku tengok tak de lah excited sangat sampai aku rasa macam dia tak suke je pemberian aku tu.. mungkin dia bajet aku akan beri hadiah yang lebih mahal (blackberry/camera nikon) atau yang murah-murah je (minyak wangi/jam).. xpelah.. hati dia, aku xtaw lah.. tapi ade jugak rasa sedih sebab ekspresi muka die tak macam masa dia dapat hadiah ulangtahun kami hari tu..

ni masa ulangtahun kami ---------------->



aku sempat rakam saat-saat dia buka hadiah tu.. jadilah untuk kenang-kenangan aku.. dia asik cakap hadiah tu terlalu mahal untuk dia.. oh.. mungkin sebab tu ekspresi muka dia tak excited sangat kot.. kot.. kot...


dah setel happy-happy bagi hadiah, kami pun balik sebab dah janji dengan ayah nak balik awal.. huhu.. takut wooo.. kang tak boleh keluar lagi.. kena kuarantin plak.. huhu...


cerita befday dia ni ade versi kedua.. nantikan ok!! ^_^

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...