Monday, November 5, 2012

Soalan Bocor SPM (Sejarah)

Kalau mcm ni le soalan sejarah SPM mau gelak terguling2 dlm dewan pekse tu. =,=" JUst Kidding.. Spm oh spm

1. Siapakah yang membuka Melaka?
a. Param
b. Parameswari
c. Paramugari
d. Parameswara
e. Parang Kontot


2. Pada tahun 1771, seorang penjelajah Inggeris telah tiba di sebuah kawasan yang dikenali sebagai New Hebrides, siapakah dia?
a. Kapten Hook
b. Kapten Crook
c. Kapten Cook
d. Kapten Cool
e. Kapten Boleh


3. Siapakah yang pernah menjadi pemerintah Sarawak?
a. Brooke Shields
b. James Beruk
c. James Bond
d. Sapok Biki
e. James Brooke


4. Siapakah yang membuka Pulau Pinang?
a. Torch Light
b. Traffic Light
c. Francisca Peters
d. Light and Easy
e. Francis Light


5. Salah seorang pahlawan melayu terbilang?
a. Tuk Janggut
b. Tuk Misai
c. Tuk Sideburn
d. Tuk Misai A Galak
e. Tuk Bulu Hidung


6. Pahlawan Melayu di Pahang?
a. Mat Kilau
b. Mat Silau
c. M Daud Kilau
d. Mat Sentul
e. Mat Rempit


7. Siapakah Residen Inggeris di Negeri Perak yang dibunuh oleh Datuk Maharajalela?
a. Jawa Jerongos
b. J.W.W Birch
c. Jay Jay
d. J.W.Marriot
e. Jawa Rangers


8. Negara manakah yang menjajah Tanah Melayu selepas Portugis?
a. Ayam Belanda
b. Bela Anda
c. Blender
d. Belanda
e. Blunder


9. Apakah antara hantaran yang diminta Puteri Gunung Ledang kepada Sultan Melaka?
a. 7 dulang hati nyamuk
b. 7 dulang tongkeng ayam
c. 7 dulang tahi hidung
d. 7 dulang tahi lalat
e. 7 dulang gigi arnab


10. Siapakah puteri Pahang yang mencintai Hang Tuah?
a. Tun Mahathir
b. Tan Tin Tun
c. Tun Tak Tahu Eja
d. Tun Teja
e. Arnold Susahanakeja


11. Siapakah puteri Negeri China yang berkahwin dengan Sultan Melaka?
a. Puteri Hang Li Po
b. Puteri Kepala ***** Hang!
c. Puteri Opah Hang!
d. Puteri Hang Go Poh
e. Puteri Hang Cing


12. Ikan apakah yang melanggar Singapura?
a. Ikan Bilis
b. Ikan Masin
c. Ikan Kembung Masak Asam
d. Ikan kekek mak iloi-iloi
e. Ikan Todak


13. Siapakah Ketua Komunis Malaya?
a. CIMB Bank
b. Chin Peng
c. Soh Chin Aun
d. Chim Pan Zee
e. Chin Chau

#copy paste

Friday, November 2, 2012

JoM KoNgSi!!!

Cara senang utk dptkan pahala walaupun slps mati .

Pasang kipas di surau/masjid
wlaupun 1 , setiap kali org guna ,
anda dpt pahala walau slps mati .

Derma kerusi roda di
hospital . Setiap kali psakit guna ,
anda akn dpt pahala .

Beri baju kpd org , setiap kali
org pakai , anda dpt pahala .

Beri makanan kpd org , anda
dpt pahala selagi makanan itu
mnjadi darah dagingnya .

Menyampaikan ilmu yg bermanfaat , selagi mereka
mengamalkan pahala anda tetap
ada .

Kongsi mesej ini kpd orang
ramai . Walaupun 1 tolong
kongsikan kpd org, anda akn dpt pahala sbb anda telah brdakwah
utk sampaikan ilmu. InsyaAllah yg penting keikhlasan kerana Allah semata2 ...
7 kalimat yg harus di biasakan..

1.Bismillahirrahmannirrahim-Setiap hendak melakukan sesuatu.

2.Alhamdulilah-Setiap habis melakukan sesuatu.

3.Astagafirullah-Jika melakukan sesuatu yg buruk.

4.InsyaAllah-Jika ingin melakukan sesuatu pada masa yg akan dtg.

5.Laa hawla walaaquwwata illaah billaah-Bila tidak dpt melakukan sesuatu yg agak berat/melihat hal yg buruk.

6.Innalillahi wainna ilaihi rojiun-Jika melihat/menghadapi musibah atau menerima khbr kematian.

7.Lailaha illallah-Bacalah siang dan malam sebanyak-banyaknya.

Ada 2 pilihan utk anda :

1.Biarkn sja text ini tanpa bermanfaat utk org lain.

2.Anda sebarkan kepada semua kenalan anda.

Rasulullah bersabda,"Barangsiapa yg menyampaikan 1 ilmu sja dan ada org yg mengamalknnya,maka walaupn yg menyampaikan sudah tiada(meninggal dunia),dia akan tetap memperoleh pahala..
Amiiin ya rabbal alamin
Semoga bermanfaat.

Friday, October 5, 2012

KaLsiUm dan UrAt sArAf

assalamualaikum kawan-kawan!!! ^_^

aku nak ngadu ni.. :( kebelakangan ni aku ade masalah urat badan.. selalu je rase kejang/krem kat leher.. kebiasaannya belah kiri la..


aku da jumpe doctor.. tapi doc cakap, ni cume masalah urat je.. die tambah lagi, aku ni kurang kalsium...

????????? kalsium ade kaitan dengan urat ke? sape-sape boleh tolong jawab soalan aku ni? setahu aku, kalsium cume berkaitan tulang je.. sape-sape boleh tolong terangkan pasal bende ni secare terperinci kat aku tak? aku kompius ni...


lagi 1, korang rase, aku patot x pergi berurut kampung? aku risau sangat-sangat tentang masalah kesihatan aku ni.. takut-takut aku kne STROK!!! (nauzubillahminzalik)

 rakan-rakan, kite same-same doakan kesihatan masing-masing k.. ^_^ senyum..

p/s: mohon komen dari korang yang taw pasal ni..

Wednesday, September 26, 2012

kEpAdA LeLaKi

lelaki..
kalau wanita selesa berdue dengan awak, maknenye die sukakan awak..
kalau wanita boleh bercerita tentang hal peribadi dan rahsia diri dengan awak, maknenye die nak hubungan itu lebih dari kawan..

lelaki..
bila wanita dah setuju terima awak sebagai kekasihnye, die sedang mencari diri awak yang sebenar..
bila wanita benar-benar sayangkan awak, die akan sanggup lakukan segalanya untuk awak..

lelaki..
kalau wanita cakap die sayangkan awak, maknanye die memang sayangkan awak..
kalau wanita cakap die cintekan awak, maknanye die nak awak jadi suami die yang sah dan tiade pengganti awak dalam hidup die..

lelaki..
bila wanita kate die nak sesuatu dari awak, itu benar-benar die maksudkan..
bila wanita kate mak dan ayah die suke kat awak, maknenye die nak awak hantar rombongan meminang.. ^_^

lelaki..
kalau wanita cakap die nak awak lepaskan die, die tak maksudkan begitu..
kalau wanita cakap die nak lepaskan awak, ye! memang itu die maksudkan..

lelaki..
bila wanita minta awak lupakan die, sebenarnye die sedang terluka..
bila wanita minta awak jangan cari die lagi, sebenarnye die nak awak ubati kelukaan itu..

lelaki..
kalau wanita dalam amarah, pegang lah die.. jangan sekali awak lepaskan sebab itu care untuk menenangkan die..
kalau wanita dalam kesedihan, beradelah di sisinye sebab die perlukan awak sebagai tempat untuk die mengadu..

lelaki..
wanita hanya inginkan perhatian dan penghargaan dalam perhubungan ini..
wanita hanya inginkan kasih sayang dan cinta yang abadi..

p/s: lahir dari hati saye sendiri untuk awak yang di sane.. 

Monday, September 24, 2012

sAmBiL LeWa

haa.. ni yang aku tak suke nih!!

ops!! assalamualaikum... hehe.. :)

xsuke!! apsal plak aku ni tetibe meroyan x masal ni?? hish!! cam ne aku tak meroyan.. aku meroyan kat orang yang macam ni la.. macam ni punye orang.. ee... geram tau!!

cik batman ni ha.. wat keje sume sambil lewa... bende penting pon die amik sambil lewa.. patut la dengan aku pon sambil lewa jugak.. haish.. cam ne la aku da kawen nanti.. nak pikir anak-anak, pikir die pulak.. haish...

dia ni ha.. isi borang SPA8 hari 2.. aku da bagitahu die bahagian akademik kosong.. aku dah suruh dia isi semula.. ye2 je die jawab 'OK'. macam paham je.. ingatkan memang betul la dia buat.. ni tetibe dah dekat sebulan, boleh pulak die tanye 'kenape borang SPA bahagian akademik 2 kosong?'

 WHAT???????????!!!!!

aku hangin la.. mane x nye.. da bende kite da ingatkan.. bende penting cam 2.. die boleh wat main2 plak.. haduih.. lomah den cm ni la...

pastu bile kene marah, taw pulak nak merajuk.. haa.. ee.. susah betol la die ni.. suruh kawen cepat-cepat, tak nak.. ni jauh-jauh cam ni, susah betul aku nak membele die ni...

ni, tetibe pulak cakap sijil-sijil die x ingat letak kat mane.. ee.. susah la orang yang 'aku peduli hape!!' ni.. 2 la masalah orang-orang cam ni...

berubah la sayang sebelum terlambat

HaPpY BiRtHdAy to YoU!! (party)

0_0
hehe.. entry kali ni aku nak cerita versi kedua befday cik batman.. al maklom la, aku nak jugak buat sesuatu yang boleh buat dia happy sangat ada nya aku untuk dia..

.....................................................

after aku bagi hadiah kat dia, aku terpaksa pulang ke shah alam untuk memulakan sem baru aku.. so, pada tarikh hari lahir dia, kami tak dapat nak celebrate sama-sama.. malam tu dia call aku tapi ada sesuatu yang tak diingini berlaku.. ah! malas la nak cerita yang tu.. xnak ingat!

then, untuk tebus kesalahan aku pada malam tu, hari jumaat aku balik ke kampung.. maklom la kelas aku cuma hari selasa rabu khamis saje.. ^_^

mengenangkan bulan september 3 orang teristimewa dalam hidup aku (adik-adik aku dan cik batman) sambut befday, so aku plan nak celebrate befday dorang dalam 1 kek (jimat2. hihi)


aku mula merancang plan.. aku inform cik batman yang aku nak buat open house sabtu malam ahad.. aku suruh dia jemput kawan-kawan dia.. dalam masa yang sama, aku invite kawan dia juga.. tapi aku bagi tahu yg aku nak celebrate befday cik batman but suprise la.. 

so, aku dengan encik bf adik aku plak plan membeli kek.. tanpa pengetahuan adik aku, kek telah berada di bonet kereta pakwe beliau.. huhu.. punya lah susah aku ngan pakwe dia nak cover line masa tu...

so, malam tu datang lah tetamu-tetamu yang dijemput.. aku dengan perlahan-lahan keluar kan kek yang dibawa bf adik aku ni ke dapur.. untuk nyalakan lilin.. then...................

happy birthday to you..
happy birthday to you..
happy birthday to angah, akim and 'cik batman' (nama panggilan dirahsiakan)..
happy birthday to you..

setel adik2 aku tiup lilin dan potong kek, turn cik batman pula.. kawan-kawan beliau menyanyikan lagu 'Allah selamatkan kamu' bersama-sama..


aku dapat jugak suapkan dia.. even depan kawan-kawan dia pon dia tak ada rase malu bila awek dia suapkan..(ada sesetengah lelaki, malu bila diperlakukan begitu) 

malam tu aku nampak wajah dia sangat ceria, happy, gembira yang tak terkata.. dia ada bagitau aku yang saat aku nyanyikan lagu befday tu, dia dah mengigil, berpeluh.. terkejut agak nya.. hehe..

berulang kali dia ucapkan sayang kat aku malam tu.. aku pulak yang terharu.. hehe.. dia kata dia happy sangat malam tu sebab tak pernah pon dapat rasa macam tu selama ni.. aku happy sebab dapat bagi dia rasa apa yang dia x pernah rasa.. aku happy bila tengok dia happy jugak.. ^_^

malam tu, dia tolong aku kemas rumah.. mungkin sebagai tanda terima kasih?? maybe.. :) tapi aku happy dapat buat kerja sama-sama dengan dia (oh! rasa macam dah kawen!! hahaa) 

malam tu pulak adik aku si hakim semput... so, aku kena hantar dia ke hospital.. dengan menaiki Alza baru.. huhu.. mama boleh pulak ajak cik batman sekali.. hihi.. memang rasa macam betul2 dah kawen cam ni.. hehe..

so, sampai je kat hospital tangkak, sementare tunggu adik aku siap di'pam', aku dan cik batman lepak kat luar sambil meng'godam' handphone baru dia tu.. hihi...

  dalam pada tu, sempat lagi kami bergambar.. hehe..

semoga kami disatukan secepat mungkin ^_^



Saturday, September 22, 2012

HaPpY BiRtHdAy to YoU!! (hadiah)

^_^
assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua rakan-rakan yang memang follow my blog, yang suka-suka blogwalking dan semua yang ada di dunia ini.. hahahahaha <-----gelak kejam bajet blog ni fames emes sangat..

walaupun dah lama aku tak menjejakkan kaki (amboih! kaki kaw!) ops!! jari la... dah lama tak menari-narikan jari jemari aku kat atas keyboard macam yang sedang berlaku sekarang ni, tapi kelajuannya tetap sama (ape kaitan noks???)

saja aku nak cerita sesuatu yang aku dah lakukan pada cik batman aku sampai dia rasa sangat terharu dan hampi.. hampir....hampir...... erm... biarlah rahsia... kalau nak tau, anda-anda semua mungkin boleh tau after baca entry ni sampai habis..

minggu lepas is my batman's birthday.. 12 september iaitu jatuh pada hari rabu. 10hb adalah hari pertama untuk sem baru aku.. means, aku tak dapat nak celebrate untuk dia la kan? so, aku decide untuk bagi hadiah awal.

tanggal..(hoi!! bukan tanggal baju!! choiy!) tanggal 8 september yakni pada hari sabtu, aku berkejar ke bandar muar pada petang itu untuk mencari hadiah buat beliau.. aku menuju ke tingkat 3 shopping complex WETEX.. aku mencari kedai NOKIA..

setelah aku puas memilih, aku decide nak bagi dia ni

 Nokia Asha 202

ok guys.. ni je yang aku mampu ok.. memang murah, tapi aku rasa ini yang memberi kesenangan pada dia.. WHY???
dia tak payah bawa 2 henset kemana-mana
dia dah boleh dengar lagu guna handphone je
dia da boleh simpan gambar-gambar aku
dia dah boleh tangkap gambar aku banyak-banyak
dia da boleh online guna handphone je

sebelum ni dia tak boleh buat semua tu pakai phone dia ke?? weyh!!ofkos la x boleh der... sebab dia pakai tepon ni

petang tu jugak aku gi kedai jual barang-barang hadiah then suruh akak kedai tu balutkan hadiah.. memang tak ada masa dah.. malam tu jugak aku nak serahkan hadiah tu.

pelbagai rintangan aku lalui masa tu.. rasa macam Amazing Race pun ada jugak.. haha.. rushing giler dowh.. mana tak nya, ayah aku balik dari kuantan petang tu.. aku tak boleh balik lewat, nanti malam tak boleh keluar plak..

dengan laju nya aku pecut dari bandar muar ke rumah aku.. boleh plak hujan di tengah jalan.. nasib baik hadiah tu aku dah simpan bawah seat motor.. so, aku je lah yang basah kuyup.. peh!! aku cerita kat kau, lecun aku balik rumah.. hahaha.. tak pe.. semua untuk cik batman..

sampai je kat rumah, aku dah nampak ayah aku.. dari sejuk sebab hujan, jadi seram sejuk sebab tengok misai dia dah naik ke atas.. wohooo.. cepat-cepat aku masuk rumah untuk mandi sebab dah maghrib.. pantang ayah aku kalau anak-anak die tak bersihkan diri waktu maghrib tu..

aku bersiap dan janji dengan cik batman nak kuar.. after isyak, beliau sampai.. bagi dia sembang kejap ngn ayah aku yang dah sedia ada duduk di anjung rumah.. terus kami gerak ke bukit gambir.. tujuan utama untuk renew simkad CELCOM dia yang dah hilang.. (sebab nak free call 7 hari sempena befday tu la.. hihihi..)

malangnya, kedai tu dah tutup sebab dah pukul 9.. huuuaaaaaa..!!!! xpelah.. aku suruh cik batman buat hari isnin.. so, kami terus ke kedai nasi ayam yang sangat sedap (bagi aku lah) kat situ.. aku memang dah lama nak makan nasi ayam berlada dia. sangat sedap.. 

settle makan, kami ke dataran tangkak (moment ni yang aku tunggu-tunggu sebab nak bagi hadiah).. terletak je punggung kami di situ, aku terus hulurkan hadiah tanpa banyak cerita.. dengan excitednya dia bukak hadiah tu..






tapi aku tengok tak de lah excited sangat sampai aku rasa macam dia tak suke je pemberian aku tu.. mungkin dia bajet aku akan beri hadiah yang lebih mahal (blackberry/camera nikon) atau yang murah-murah je (minyak wangi/jam).. xpelah.. hati dia, aku xtaw lah.. tapi ade jugak rasa sedih sebab ekspresi muka die tak macam masa dia dapat hadiah ulangtahun kami hari tu..

ni masa ulangtahun kami ---------------->



aku sempat rakam saat-saat dia buka hadiah tu.. jadilah untuk kenang-kenangan aku.. dia asik cakap hadiah tu terlalu mahal untuk dia.. oh.. mungkin sebab tu ekspresi muka dia tak excited sangat kot.. kot.. kot...


dah setel happy-happy bagi hadiah, kami pun balik sebab dah janji dengan ayah nak balik awal.. huhu.. takut wooo.. kang tak boleh keluar lagi.. kena kuarantin plak.. huhu...


cerita befday dia ni ade versi kedua.. nantikan ok!! ^_^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...